Address :
Jalan Universiti, Peti Surat 319,
46730 Petaling Jaya, Selangor Malaysia
Tel : 603-7957 3611, 7958 2961
Fax: 603-7956 2924, 7956 7075


A r c h i v e d


Datuk Chua Jui Meng (Minister of Health)

KENYATAAN AKHBAR Y.B. MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
BERHUBUNG KELUARAN TRADISIONAL UNTUK PELANGSING BADAN

 9 July 2002  /  4 June 2002

Orang awam adalah dinasihatkan supaya berhati-hati apabila menggunakan keluaran tradisional untuk tujuan melangsingkan badan. Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan telah pun mengharamkan satu keluaran tradisional iaitu 'Bestrim' kerana didapati mengandungi 'fenfluramine' iaitu bahan yang telah diharamkan penggunaannya. Keluaran tersebut didapati mengandungi juga 'nicotinamide' dan 'caffeine' yang tidak dibenarkan dalam persediaan tradisional. Pendaftaran 'Bestrim' telah dibatalkan ekoran dari penemuan itu.

2. Semakan rekod menunjukkan ada 52 lagi keluaran tradisional pelangsing badan yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan. Dari jumlah ini, sebanyak 28 produk telah diuji dan didapati tidak mengandungi fenfluramine atau phentermine manakala satu sampel didapati mengandungi 'fenfluramine', 'nicotinamide' dan 'caffeine'.

3. Produk yang mengandungi fenfluramine yang dimaksudkan di atas ialah 'FB Slymer' yang dikilang oleh pengilang yang sama untuk produk Bestrim. PBKD juga telah membatalkan pendaftaran keluaran tersebut dan lesen pengilang telah pun digantung berikutan kes Bestrim. Semua penjual yang mempunyai stok FB Slymer dinasihatkan supaya menyerahkan keluaran ini kepada pejabat penguatkuasa farmasi di negeri masing-masing dalam tempoh seminggu. Mereka adalah diingatkan bahawa memiliki produk keluaran ini adalah menyalahi Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

4. Seperti mana nasihat yang telah diberikan untuk keluaran produk 'Bestrim', pengguna keluaran tradisional untuk melangsingkan badan diminta berhenti menggunakan keluaran FB Slymer kerana ianya telah didapati mengandungi fenfluramine. Bahan 'fenfluramine' telah diharamkan dalam ubat-ubatan dan keluaran farmaseutikal sejak tahun 1997 kerana didapati menyebabkan masalah kepada injap jantung.

5. Kesan advers 'fenfluramine' lain termasuklah mengantuk, cirit-birit, pening dan lesu. Pengguna juga boleh mengalami masalah gangguan gastro, mulut menjadi kering, hipotensi, gangguan seksual, impoten, berpeluh, palpitasi, gelisah, masalah koordinasi, rasa sejuk, cemas, lekas marah, insomnia, mengalami mimpi ngeri, kemurungan, kerap buang air kecil dan masalah penglihatan Ruam, masalah darah dan pulmonari hipertensi, penggantungan dan tindakbalas psikotik termasuk schizophrenia juga ada dilaporkan.

Heart valve disease, common - drowsiness, diarrhoea, dizziness and lethargy, headache, gastrointestinal disturbances, dry mouth, changes in blood pressure (most often hypotension), altered libido, impotence, sweating, palpitations, restlessness, incoordination, chills, anxiety, irritability, elevated mood, fatigue, insomnia, bad dreams, depression (particularly after withdrawal) urinary frequency, dysuria and visual disturbances may also occur. Skin rashes, blood disorders and pulmonary hypertension may occur rarely, as may dependence and psychotic reactions including schizoprenia.

6. Satu keluaran tradisional pelangsing badan iaitu Jian Tze Soh Fu Tea yang diimport dari Negara China didapati mengandungi herba Magnolia officinalis yang telah tidak dibenarkan penggunaannya. Pendaftaran keluaran tersebut telah dibatalkan dan keluaran tersebut diarah dipanggil balik dari pasaran dengan serta merta. Pengguna-pengguna ubat tradisional Jian Tze Soh Fu Tea juga diminta menghentikan penggunaannya kerana Magnolia officinalis didapati boleh menyebabkan kerosakan ginjal.

7. Terdapat juga 2 produk yang didapati mengandungi Sibutramine iaitu bahan yang terlarang untuk keluaran tradisional. Sibutramine mempunyai kesan advers iaitu masalah pendarahan, kardiovascular, sistem saraf, gastrousus dan hepar. (Adverse reaction - Blood (hepatologic and thrombocytopenia), Cardiovascular (Abnormal electrocardiogram, hypertension, tachycardia), Central Nervous System (neurologic effects, psychiatric effects), gastrointestinal effects and hepatic effects. Kedua-dua produk tersebut ialah Biotrim dan FB Capsule yang dikilangkan oleh GMP Standard Sdn. Bhd. 

8. Kementerian Kesihatan mendapati sebanyak 20 produk dari 52 keluaran tradiisional pelangsing badan yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, tidak didapati di pasaran. Pendaftaran keluaran-keluaran ini akan dibatalkan sekiranya siasatan mengesahkan keluaran-keluaran ini memang tidak dipasarkan. 

9. Senarai keluaran tradisional pelangsing badan berdaftar yang didapati tidak mengandungi fenfluramine, phentermine, nicotinamide atau Magnolia officinalis adalah seperti di Lampiran 1. Semua pengilang, pengimport, pengedar dan pemegang pendaftaran adalah diingatkan supaya memastikan keluaran berdaftar sentiasa berkualiti dan mengandungi hanya bahan-bahan yang dibenarkan. Kementerian Kesihatan tidak akan teragak-agak membatal pendaftaran mana-mana keluaran yang didapati mengandungi bahan-bahan selain daripada bahan yang diisytiharkan semasa permohonan pendaftaran. Secara langsung, keluaran-keluaran yang mengandungi bahan-bahan yang tidak dibenarkan adalah ditakrifkan sebagai keluaran tidak berdaftar.

10. Pengimportan, pengilangan, jualan atau bekalan keluaran tidak berdaftar atau tanpa lesen yang sah, serta kegagalan mematuhi syarat atau arahan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah adalah satu kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000.00 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama, dan denda tidak melebihi RM50,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan kedua dan kesalahan berikutnya. Syarikat yang terbabit boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000.00 untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM100,000.00 untuk kesalahan kedua dan kesalahan berikutnya. Tindakan juga boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 sekiranya keluaran-keluaran tersebut juga mengandungi racun dan bahan psikotropik. Jika disabitkan kesalahan, seseorang boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM5,000 atau pemenjaraan sehingga 2 tahun atau kedua-duanya sekali jika melibatkan 'racun' dan RM10,000 atau pemenjaraan sehingga 4 tahun atau kedua-duanya sekali jika melibatkan bahan psikotropik. 

11. Kementerian Kesihatan memandang berat tabiat penggunaan pil pelangsing badan untuk mengawal berat badan di kalangan orang awam, terutama kaum wanita. Kementerian Kesihatan ingin menegaskan bahawa cara hidup sihat adalah lebih penting dan pemakanan betul serta senaman adalah amalan yang perlu untuk menjaga berat badan dan kesihatan seseorang. Pengguna tidak seharusnya bergantung hanya kepada keluaran-keluaran pelangsing badan sebagai satu cara cepat untuk mengurangkan berat badan.

12. Perlu diingatkan bahawa larangan/masalah yang ditimbulkan hanya melibatkan produk herba sahaja dan TIDAK membabitkan produk-produk pelangsing yang dipreskrib oleh doktor perubatan . Pada masa ini, terdapat 8 produk farmaseutikal yang berdaftar dengan PBKD untuk rawatan kegemukan "obesity" yang memerlukan preskripsi doktor. Produk yang dimaksudkan ialah:

BIL NAMA KELUARAN NO. RUJUKAN NAMA PEMOHON
1. PANBESY CAPSULE 15MG PBKD920040A STRAND PHARM (M) S/B
2. UMINE TIMEDCAPS 30MG MAL19940652A APEX PHARMACY MARKETING S/B
3. ADIPEX RETARD CAPSULE 15MG PBKD871772A GERMAX S/B
4. DUROMINE CAPSULE 15MG PBKD871769A 3M (M) S/B
5. DUROMINE CAPSULE 30 MG PBKD871774A 3M (M) S/B
6. IONAMIN 15 CAPSULE PBKD871770AR ZUELLIG PHARMA S/B
7. IONAMIN 30 CAPSULE PBKD871775AR ZUELLIG PHARMA S/B
8. XENICAL CAPSULE 120MG MAL19992994A ROCHE (M) S/B



LAMPIRAN 1:
Keluaran yang diuji dan didapati memuaskan

BIL

NO. PENDAFTARAN

NAMA PRODUK

1 MAL 19990758TC JIAN FEI WAN (CAPSULE)
2 MAL 19962393T UNIFLEX POH KIAN POH MEE PILL
3 MAL 19992949T UNIFLEX POH KIAN POH MEE SLIMMING
4 MAL 19972253T GARTRIM CAPSULE
5 MAL 19986110T GUPID CAPSULE
6 MAL 19986181T TANG LONG JIAN MEI JIU
7 MAL 19987316TC MAX-FIT HEALTH DRINK (GRANULES) 3GM
8 MAL 19989149T NATURE'S HERBA TEA
9 MAL 19990733T SHITEK SMARTWAY TEA
10 MAL 19992625TC KORDEL'S FIBRE PLUS TABLET
11 MAL 19992876T HENIM
12 MAL 20000504T VISION-K CAPSULE
13 MAL 20000589TC NUTRISLIM CAPSULE
14 MAL 20002409TC NATURAL HERBAL TEA
15 MAL 20002565T AYURSLIM
16 MAL 20002581TC PHYTOLINE
17 MAL 20013655TC SLIMMERTIQUE
18 MAL 19988064T NATURE'S NIUSLIM HERBA TEA
19 MAL 19992833TC SUBODYMAX
20 MAL 19992851TC MEIPO NATURAL HERBAL TEA
21 MAL 20001658T JIAN MEI LING HERBAL TEA
22 MAL 19970305T PIL SLIMSET
23 MAL 19991986TC BUMI HARVEST-HERBAL FORMULATION TO REDUCE BODY WEIGHT KAPSUL 500MG
24 MAL 20002396T TROPICAL HERBS AFTER BIRTH 2
25 MAL 20002627T KHAZANAH FOR WEIGHT REDUCING
26 MAL 19992255TC WINSLIM HERBALAX CAPSULE 350MG
27 MAL 20020213T INTE-CLEANSE CAPSULE
28 MAL 19985646TC CONSLIM CAPSULE
29 MAL 20020556T NATURAL MAX FAT-X


<< Click here to Download Lampiran (Word, 46KB)



 





© Copyright 2002 - 2004 BPFK. All Rights Reserved.

Disclaimer : The BPFK shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site. Companies referred to in this web site shall not be construed as agents nor as companies recommended by BPF